Archive for December, 2008

cover impiana..

Wednesday, December 31st, 2008 | Uncategorized | No Comments

ne salah satu cover yang aku shoot,aku akan kompal kan cover2 dan asgt2 best aku sepanjang 2008….

jalan2 ketip gambar…

Wednesday, December 31st, 2008 | Uncategorized | No Comments

Sehati Berdansa

Monday, December 29th, 2008 | Uncategorized | No Comments
Lis sebak dengan kemenangan..

Lis sebak dengan kemenangan..

aksi juara

 

27 dis shoot final sehati berdansa,live kul 9 tapi aku dah ada area putrajaya kul 5pm lagi,sebenarnya aku saje nak lepak awal takut balik rumah terlajak plak.so aku lepak makan area masjid pas 2 aku tak tau buat apa lepak baring dalam kereta sampai terlelap sedar2 reporter cael cal jam 6.15pm,pas tu dengan keaddan yg mamai2 sebab terlalu penat dari pagi tadi aku terkejar sana sine aku terlelap semula sampai kul 7 lebih,dengan keadaan mamai dan cuak aku terus pecut keta aku ke dewan,sampai2 reporter aku dah tunggu tuk shot b4 penyokong masuk dewan,nasib baik aku tak terlepas shot semua dalam keadaan kerkawal dengan penyokong2 fanatik bersorak meriah giler..waktu dalam dewan aku duduk depan sekali tuk photographer,tapi yg tak best aku kena celah2 angel sbb kamera video astro selalu statik dpn aku huuu sabar2,walaupun aku tak leh salah kan dia sbb memang kerja dia kulu kilir dpn aku ne..

memang best mlm tu sbb finalis hebat2 terpegun aku tgk..sampai tercabut2 kasut menari..he.he aku dpt skop..

my art work at

Saturday, December 27th, 2008 | Uncategorized | 1 Comment

Pada mula aku ne jenis suka nak tgok artwork orang klu ada event mcm kat rantai dan sewaktu dgn nya..,ne kali pertama aku join tuk letak 5 artwork aku atas pelawaan ekamil dan maya yang lead kat red banglow ne,pertolongan dari Rudy(pelukis)&Akmal(photo/design)yang banyak membantu aku dari segi print,frame,dan sampai gantung pun aku import dia orang ne maklum la sibuk sangat dan belum berpengalaman,sesiapa yang pergi ke red banglow 2 sudi2 lah comment..thanks ekamil(photo),maya(Tiang),akmal(photo/designer) & rudy(pelukis) yang banyak membantu…..

my work flow….

Thursday, December 25th, 2008 | Uncategorized | No Comments
cover..

cover..

waktu aku shoot tak boleh bising(petua).........
waktu aku shoot tak boleh bising(petua)………

ne waktu aku on asgt kat brickfield salah sebuah rumah yg akan jadi cover IMPIANA januari 2009.

dari awal kemasukan aku di karangkraf aku banyak buat tugasan dekorasi untuk majalah impiana,dapur dan ruangan deko tuk majalah remaja,nur,keluarga,mingguan wanita semua majalah karangkraf yang terbaru apartment impiana,mungkin waktu aku praktikal banyak ikut sifu aku Abg Lan Yunus ex karangkraf,dulu mana ada digital mcm sekarang banyak pakai fomat 120 slide filem tuk kamera mamia,hasel.kena test light,test pola,pas tu baru boleh guna filem sbb 1rool hanya ada 10 ke 12 shot je pas tu beg dia sikit punya berat dengan lighting,tripod,light stand yg kena angkat aku sorang tp aku tak akan merungut yg aku buat tu tuk pengalaman dan ilmu.sedikit sebanyak digital banyak menolong aku tuk membuat tugasan.kalau tanya aku lagi suka pakai filem sbb lagi shok!!kalau pic berkuliti tp kalau tak jadi menyumpah orang kat aku he.he..nak tengok work aku sudi2 la belek2 majalah2 ne..tq for sifu abg Lan dan kawan2 yg banyak mengajar aku sampai tahap sekarang..

 

tengah bincang... 

warga kerja impiana kiri;oda,fiza,azz & nizamtak da orang nak ambil pic aku....

Ga-girls

Wednesday, December 24th, 2008 | Uncategorized | No Comments

GA-GIRLS nama rabit aku/Adda spesis agora,start bela ga-girl waktu usia dia sebulan sbb adda memang minat binatang terutama kucing dan arnab,sebelum bela ga-girls adda banyak kali nak pergi bukit tinggi lepak kat rabit farm,boleh plak dia nak ambil seko rabit kat rabit farm,kesian punya pasal aku carikan la seko tuk dia,waktu baby tak tau plak kalau dah besar bulu dia panjang mcm ne,aku selalu la buat rambut gagirl sikat tepi mcm rambut aku he.he..buat masa sekarang ga-girl ada kat rumah famili aku kat kajang memendangkan aku dan adda sibuk sangat tak dapat nak jaga biar la adik aku yang jaga.tiap2 minggu aku dan adda mesti balik tengok ga-girls,dan ga-girls membuat kan aku,adda dan famili sentiasa rapat,begitu juga ibu/ayah adda selalu kami bawa kalau nak balik ke johor..

DSLR & ADDA….

Wednesday, December 24th, 2008 | Uncategorized | No Comments

Baru2 ne aku baru beli nikon d200 tuk personal kamera aku dgn adda,tujuan nya supaya adda dapat belajar dan pakai DSLR,dia pegi kerja aku paksa dia bawa kamera supaya dia dapat lebih belajar mengunakan nya,alhamdulilah senang nak ajar dia sebab dia ada basic dalam kamera video function nya tak jauh beza dari DSLR,walau pun baru je belajar dia dapat membantu aku untuk job2 aku yang akan datang,cayang dia..

Natra & Hafiz

Wednesday, December 24th, 2008 | Uncategorized | 1 Comment

20-21 dis 2008,aku shoot natra & hafiz dia ne sepupu pada fizi pengantin aku dulu,dia chop tuk wedd dia 6 bulan awal memandangkan terlalu nak kan aku shoot penat bru balik club med pun aku shoot juga,majlis di bandar sunway semenyih,aku tinggal kajang tapi tak berapa tau area tu,pas majlis aku terus bawa pengantin pose di atas bukit yang aku usha sebelum majlis,seronok walaupun penat..

Club Med

Wednesday, December 24th, 2008 | Uncategorized | No Comments

17-19 dis 2008 aku ke club med cherating tuk asgt.kem kotex seronok dapat outstation kerana jarang2 aku dapat asgt mcm ne kena plak ke club med,sebab dah lama aku nak ke sana,nak tau apa kat dalam dia selain dari hotel.best nya kat sine aku suka pantai nya yang cantik dan khas untuk siapa yang menginap di sini saja.walaupun tak da orang mandi kerana musim monsun.sempat ambil gambar pelakon2 khaisara dan ahli fikir..

making of..

Sunday, December 7th, 2008 | Uncategorized | No Comments

DIS 06 2008 aku shoot making of untuk rancangan baru di tv3/tv9 yang akan di terbitkan oleh tunang aku ADDA,aku rasa bangga dengan Adda kerana dapat menerbitkan sebuah rancangan majalah tv kerana dia terpaksa berentap idea dengan 9 orang untuk mendapat jawatan penerbit memandangkan dia masih dalam praktikal.dan aku bangga lagi  Adda dapat interview idola aku bazuki muhammad photographer reuters..peluang seperti ini tak akan aku lepaskan..dan aku di pelawa ke rumahnya untuk melihat hasil kerjanya..