Archive for April, 2009
Nahar & Iskandar
Pengantin aku Nahar & Iskandar pada 26april 2009,cuma nikah saje yg di buat dahulu,persandingan pada 9may 2009,sbb tgu abg dia sharen yg akan berlangsungkan serentak pada 9may nanti,wah jd aku ada dua pasang pengantin nak di shoot pada hari tu,erm bg aku idea pose.hehe,tak pe la aku tgk adik dia nahar ne pandai pose mesti abg dia pandai gak(harap2).-selamat pengantin baru-
Natural Vs Light
Ne perbezaan pakai lighting/tak..sebelum ne aku banyak pakai natural lighting cuma main wb aje tapi sekarang aku suka pakai lighting tak tau la sbb apa dulu pun pernah pakai lighting tapi kebelakang ne aku lebih suka pakai lighting,mungkin dah bosan pakai natural light kot tapi sekali sekala perlu gak tuk dapatkan mood sesuatu shot..apa2 pun bila la aku nak buat dapur mcm ne??..
Belalang Menang!!!
Aku seronok sangat baru balik brain storming.selain tu kami pegi makan angin terasa seronok sangat berbanding sebelum ne kami banyak outstation semuanya atas urusan kerja tak dapat feel sebab kena ambil gambar….
Paling best waktu malam show,setiap orang kena berlakon termasuk aku yang kira kayu gak la,berdebar tak ingat tuhan saja yang tau,nama group aku belalang sebab kami kena belakon cerita2 Tan Sri P.Ramlee cerita pun pasal Nujum Pak Belalang,yg tak best tu abg Khai team aku last minit tarik diri sebab pening kepala la plak,dia dah belakon dlu sebelum show sebab waktu kami balik ke bilik relax je lepak tgk tv hahaha best2..apa2 pun kami tak tau mcm mana hebatnya kami berlakon sbb aku,tuan azman(nana),abg zul & epul semua tak da bakat langsung tapi dapat kumpulan terbaik,abg Zul dapat pengarah terbaik,tuan azman(nana)dapat pelakon perempuan terbaik hahaha..janji buat semua hepy sampai nak pecah perut ok la tu..
Dan pas ne mungkin GM karangkraf nak tgk show kami,mau tak gugur jantung kami.hahaha.
selain brain storming & show malam diner kami banyak melawat sekitar
pulau langkawi,brain storming kali ne memang best & enjoy..harap2 tahun depan lagi best..
brain storming..
Tahun ne foto department ke langkawi tuk aktiviti tahunan brain storming seperti tahun2 sebelumnya ke Thailand,Cherating,Sarawak dan tahun ne ke Langkawi,mungkin aktiviti tahunan seperti ne la yang boleh kan kami satu team foto dapat berkumpul dan bercuti beramai2 sebab kat ofis tak pernah nak jumpa semua budak2 foto,ini semua hasil usaha Bos kami En Izhar Atan yang banyak mementingkan kebajikan kami dan Mazlan Muhamad yang deal trip kali ini,banyak sponsor yang menaja kami terima kasih semua budi baik korang kami hargainya..
Tinggal la semua reporter kat ofis ye buat la assgt. sendiri atau ambil gambar sendiri.kami nak berenang bersama2 ikan yg jinak2 di Langkawi.flight kul 8pagi,kul6 pagi kami kena ada kat airport.aktiviti di sana antaranya foto race kami di beri kamera kompak tuk lengkapkan semua klu2,belah malam kami ada persembahan kumpulan nak buat sketsa guna filem2 Tan Sri P.Ramlee,aku dah la tak pernah belakon rasa goyang gak..haha..
esok nya kami ke pantai tuk aktiviti bebas mandi manda bersama2 kawan2 lelaki kawan perempuan mandi kat bilik air je la tak bleh join.aku nasihatkan nak mandi jangan la pakai spek,takut hanyut dalam air mcm kawan aku joe dulu hilang spek masa mandi laut.tak dapat dia nak menikmati keidahan pantai dan keindahan awek2 hahaahah..
pada malam nya saat2 yg di nantikan BRAIN STORMING!!!bersedia la kena maki atau teguran jangan ada yang menangis plak kena Tampar dengan aku nanti..apa2 pun aku suka cara kerja di karangkraf,banyak kebajikan peribadi yg di utamakan thank kat bos yang banyak berkorban tuk kami.yang penting kerja kena perform gambar jangan over expose,jangan blur,jangan tak dapat gambar,jan
gan salah wb memang korang tau langit tinggi ke rendah haha..ok la aku nak tido jap esok nak gerak.nantikan gambar2 kami di sana..
Azs & Arael
thank Azs & Arael sebab ingat kat aku yg dah lama tak jumpa,1st time waktu kakak kepada Azs kak Shamin kahwin 2006 aku sebagai official photographer dan kali ne adik dia pula,memang diaorang ne sempoi dan sporting..lepas abis majils kita orang terus cari port outdoor photoshoot lokasi Taman Tasik Perdana dan Stesen Keretapi K.L,walaupun cuaca tak begitu baik..
Lepas diaorang ne balik dari honeymood aku harap dapat shoot untuk prewedding..kalau aku tau aku nak ikot korang honeymoon mesti best shot,tapi korang cakap last min.hehe kalau ye pun mungkin tidak sebab banyak kerja kat KL ne.Apa2pun korang sempoiiiiii!!!!….
asal kamera..
Post kali ne aku nak bg tau sikit info kat kawan2 aku yg tak berapa tau pasal kamera,member aku pegi bercuti sambil berkerja kat oversea agak best gak la tempat dia pegi…
nizam:mana gambar ko outstation ari tu??
xxxx:gambar aku tangkap tak banyak la,aku taK da kamera mcm ko,mcm mana gambar nak cantik?..
nizam:hehe…….
ne antara dialog aku dengan kawan aku..
sebenarnya maksud fotografi adalah “Melukis Mengunakan Cahaya”bukan pada kamera sebab kamera adalah alat perantaraan untuk menghasilkan gambar,tak kira la kamera kompak,film format 135,120,polaroid,slr,dslr fungsinya tetap sama menghasilkan gambar ikot kehendak kita jangan la kita down sebab kamera murah atau tak canggih mcm dslr,banyak kamera digital kompak di pasaran yg canggih2 dari segi hi megapixel dan beberapa fungsinya yang lain dan harga yang berpatutan.
Aku sendiri selalu keluar bukan tiap2 hari nak bawa kamera dslr aku,aku lagi suka kamera kompak sebab size nya agak kecil berbanding dslr.aku ada sebiji kamera digital kompak brand panasonic lumix DMC-LX1,siapa kata kamera kompak tak boleh buat gambar meletop?,sebenarnya sesuatu gambar yang menarik adalah dari sudut komposisinya,komposisi memang tak boleh ajar sebab ne adalah sebahagian kretiviti seseorang mengikot keadaan,aku masih simpan koleksi shoot guna kompak ne jangan la kita nak malu keluarkan kamera kompak dari poket seluar di sebabkan segan ramai yang pakai slr,tu semua trend je tak semua tau nak gunakannya..ok mari kita ketip gambar………..




























