2tahun lepas..

Thursday, July 16th, 2009 | Uncategorized

Gambar ne adalah salah satu gambar yang aku sayang sejak aku jadi photographer..semasa aku ke singapura untuk shoot kepesatan penduduk dan budaya di sana untuk majalah Libur,Karangkraf.seharian aku keluar berjalan2 sekitar singgapura untuk mencari bahan2 menarik untuk di shoot sampai la ke malam,gambar ne aku shoot pada waktu 7.30pm hari rebas(renyai)aku masih tunggu di tepi tebing untuk mendapatkan shot petir keluar tanpa mengunakan tripod terpaksa la aku tahan nafas supaya gambar tak goyang,walaupun petir tak berapa ada.alhamdulilah dengan usaha aku ini ada orang yang prihatin dan gambar ini berjaya mendapat tempat di International Society Of photographers yang akan di bukukan dalam The International Library Of Photography..

Annual convention and symposium di Riviera Hotel in Las Vegas,Nevada pada 22-25 Mac 2007.tapi aku tak dapat hadir.apa2 pun aku happy dengan penganugerahan yang di berikan terhadap hasil kerja aku….

No comments yet.

Leave a comment